Thursday, June 9, 2016

KEM LULUS BAHASA ARAB DALAM MASA 20 JAM, HARI KETIGA, 9 JUN 2016


Alhamdulillah, Kursus RLBA 20 jam anjuran Najah dengan dengan Penaja Bersama MM Servis telah selesai dengan jayanya. Seramai 27 orang pelajar telah mengikuti kem yang mana mereka didedahkan teknik-teknik hafalan, teknik mengarang dalam bahasa arab dan pada akhir sesi Jemputan Khas penanda kertas soalan bahasa arab iaitu pt3 Ustazah Shabinar telah memberi tips kepada pelajar bagaimana untuk menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

Akhir kata tahniah kepada pihak penaja MM Servis, pihak ibu bapa dan pelajar serta Ustazah Shahbinar dan Ustazah Maha kerana telah berkongsi ilmu dalam kem RLBA 20 jam. Semoga kita semua akan memperoleh barakah dan nikmat dari usaha ini bagi terus memartabatkan penggunaan Bahasa Arab dan mengangkat syiar Islam Aamiin Ya Rabbal Aalamiin








Tuesday, June 7, 2016

KEM RAHSIA LULUS BAHASA ARAB DALAM MASA 20 JAM , HARI KEDUA 8 JUN 2016

KEM RAHSIA LULUS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR PT3 DI UDA JOHOR BAHRU

Alhamdulillah Program anjuran Najah Resources bersama penaja utama MM SERVIS telah bermula hari ini di Bandar Baru uda bermula hari ini 7 Jun sehingga 9 Jun 2016






KEM RAHSIA LULUS BAHASA ARAB DALAM MASA 20 JAM TELAH BERMULA DARI 7 HINGGA 9 JUN 2016


KEM RAHSIA LULUS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR PT3 DI UDA JOHOR BAHRU

Alhamdulillah Program anjuran Najah Resources bersama penaja utama MM SERVIS telah bermula hari ini di Bandar Baru uda bermula hari ini 7 Jun sehingga 9 Jun 2016






Monday, May 23, 2016

PERKONGSIAN BUKU YANG BAIK



MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
FATHURI SALEHUDDIN
ISBN: 978-983-097-365-4
Harga:  RM10.00/20.00*
Tebal: 196ms, GB0170
Kategori: Motivasi

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

... ada pula janji menarik daripada Allah bagaimana untuk menambah rezeki. Bukan itu sahaja, malah diberi pula formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berada di tangan boleh terus berkembang. Bukan sekadar itu, Allah berikan lagi formula bagaimana supaya rezeki yang sudah berkembang dan bertambah banyak tidak pula musnah.
Saya percaya dan rasa sangat yakin, dengan mengetahui formula ini, kita sudah menemukan kunci bagaimana untuk keluar daripada kesulitan hidup khususnya perihal rezeki.